RSS
email

Sunday, May 23, 2010

Suatu Pengenalan : SKIM 2010

Simfoni Konvensyen Inovasi Mahasiswa 2010 adalah sebuah program yang julung-julung kali diadakan di Universiti Malaysia Sabah. Program ini dijalankan bagi menyempurnakan hasrat Naib Canselor UMS, Y.Bhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon ke arah mencapai taraf Universiti Penyelidikan & Inovasi menjelang 2013. Berikut adalah petikan penutup teks ucapan beliau sempena Amanat Naib Canselor UMS pada awal tahun 2010:


“ Pada kesempatan ini, saya menaruh kepercayaan sekiranya kita warga UMS benar-benar menghayati perjuangan UMS untuk mencapai status universiti penyelidikan lebih awal dari 2013, maka hayatilah Simbol 5K, yang terpahat di cokmar konvokesyen UMS. Ukiran lima mata pena melamabangkan simbol keimanan, ketakwaan, ketulusan budi, keikhlasan dan kesungguhan. Bekerjalah dan belajarlah untuk menunaikan amanah, tanggungjawab kita sebagai hamba Tuhan. Ingatlah setiap orang pasti akan dipertanggungjawabkan tentang setiap apa yang yang dilakukan semasa hidup ini.”
(Amanat Naib Canselor, UMS)


Berikut adalah butiran bagi program ini:

Tarikh : 1-2 Ogos 2010
Masa : 9.00 am-4.00 pm
Tempat : Sekitar Dewan Canselor & Anjung Siswa, UMS.


Program selama dua hari ini menggalakkan penglibatan mahasiswa di dalam Pertandingan Gegarkan Pemikiranmu, Pertandingan Usahawan Berinovasi, Sesi Inovasi bersama TNC Inovasi & Penyelidikan UMS, Sesi Pematapan Akidah oleh Brother Lim, Sesi Usahawanan Muda Berjaya dan Sesi Strategi Studi Berkesan di Universiti. Namun, Sesi Pematapan Akidah oleh Brother Lim akan diadakan lebih awal iaitu pada 30-31 Julai 2010 di Bilik Seminar, Anjung Siswa.

Selain itu, program ini juga akan menjemput syarikat-syarikat inovasi bagi mengadakan pameran dan persembahan inovasi sepanjang program ini berlangsung.

Majlis Penutup Simfoni Konvensyen Inovasi Mahasiswa 2010 akan diadakan pada 2 Ogos 2010, pada jam 8.00-11.00 malam di Dewan Canselor, UMS.


Program ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif :


1) Menjalinkan hubungan rapat antara warga UMS dan institusi pengajian tinggi yang lain dalam membantu menyempurnakan hasrat Naib Canselor UMS ke arah mencapai taraf Universiti Pendidikan & Inovatif menjelang 2013.

2) Menjadi medium pencetus idea pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan mahasiswa.

3) Melahirkan mahasiswa yg mampu berdikari dengan menghasilkan produk dengan hasil usaha sendiri.

4) Menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

5) Melahirkan mahasiswa yg mampu berkomunikasi dengan baik dengan menyuarakan idea yg bernas lagi berkualiti.

6) Memberi pendedahan yg lebih jelas kpd mahasiswa tentang halatuju yg bkl dihadapi selepas tamat pengajian kelak agar sentiasa peka dengan cabaran yg bakal dihadapi.


Hasil yang ingin dicapai melalui program ini ialah:

1) Menggalakkan lebih ramai penglibatan mahasiswa dalam aktiviti yang bercorak ilmiah bagi mencapai hasrat Naib Canselor UMS ke arah Universiti Penyelidikan & Inovasi pada 2013.

2) Memberikan gambaran ringkas tentang halatuju mahasiswa selepas bergelar graduan.

3) Melahirkan usahawan yang mampu bersaing dalam menghasilkan produk yang berinovasi tinggi.

4) Melahirkan mahasiswa yang berintelektual tinggi seiring dengan tema program ini iaitu, “ Mobilisasi Anjakan Genesis Generasi Intelek” (MAGGI).

No comments:

Post a Comment

 

Download Borang Pertandingan Di Sini

Friends

Juara - Lagu Tema SKIM '10

Categories