RSS
email

Sunday, August 29, 2010

Tarikh tutup Pertandingan Inovasi Dilanjutkan!

Untuk makluman semua,
Tarikh tutup
PERTANDINGAN INOVASI "GEGARKAN PEMIKIRANMU!"
telah dilanjutkan ke tarikh


9 SEPTEMBER 2010

jadi apa lagi? jom sertai ramai-ramai!

Tuesday, July 20, 2010

Pertukaran Tarikh


SIMFONI KONVENSYEN INOVASI MAHASISWA 2010 (SKIM '10)
ditunda ke tarikh

16-17 Oktober 2010

namun untuk BENGKEL PEMANTAPAN AKIDAH BERSAMA BRO LIM

tarikh tidak berubah iaitu pada

31 JULAI - 1 OGOS 2010

apa lagi...
sempat lagi untuk sertai pertandingan yang diadakan nanti...
jom ramai-ramai join...

Friday, June 25, 2010

Tentatif SKIM 2010


TENTATIF MAJLIS SIMFONI KONVENSYEN INOVASI MAHASISWA 2010


16 Oktober 2010
8.00 am : Persediaan tempat
9.00 am : Pembukaan gerai jualan, pameran inovasi dan bengkel
4.00pm : Majlis Tamat

17 Oktober 2010
8.00 am : Persediaan tempat
9.00 am : Pembukaan gerai jualan, pameran inovasi dan bengkel
3.00pm : Hakim Mengadili Pertandingan Usahawan Berinovasi

(Majlis Penutup)
7.55 pm : Ketibaan kakitangan akademik
8.10 pm : Ketibaan TNC
8.20 pm : Ketibaan NC
8.30 pm : Ketibaan Menteri Sains & Inovasi
8.45 pm : Simbolik Perasmian dan persembahan
9.00 pm : Semua bergerak ke Dewan Canselor
9.20pm : Majlis Penutup
Ketibaan semua jemputan
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Bertekad Cemerlang
: Bacaan doa
: Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Pengarah Program
: Ucapan Naib Canselor UMS
: Ceramah bertajuk, “Peranan Rakyat Sabah dalam Menginovasikan Sumber Asli bagi Mengatasi Isu Kemiskinan Sabah”

: Persembahan Teknologi & Inovasi
: Penyampaian hadiah
11.00pm : Majlis dijangka tamat

Thursday, June 24, 2010

Syarat dan Peraturan Pertandingan Inovasi "Gegarkan Pemikiranmu!"

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:-


1.Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/ mahasiswi institusi pengajian tinggi di Malaysia.


2.Para peserta dikehendaki menghasilkan satu idea inovasi dalam bentuk buku skrap tetapi reka bentuk model tersebut hanya perlu dipamerkan di dalam buku skrap sahaja.


3.Setiap penyertaan akan dikenakan RM10 untuk satu penyertaan. Setiap penyertaan hendaklah tidak melebihi daripada tiga orang.


4.Peserta hendaklah menyatakan nama, alamat surat - menyurat, no kad pengenalan, no telefon dan email yang boleh dihubungi.


5. Buku skrap yang dihasilkan hendaklah mempunyai maklumat yang lengkap dan mestilah tidak kurang daripada tiga muka surat.


6. Penggunaan bahasa melayu dan bahasa Inggeris sahaja yang dibenarkan.


7.Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan maklumat seperti di bawah:


o Pengenalan (5%)

o Kaedah penghasilan produk (10%)

o Keistimewaan/ inovasi pada produk (50 %)

o Contoh lakaran bentuk produk (5%)

o Kesimpulan (5%)

o Lengkapkan ayat di bawah : Produk saya mampu memberikan kesan kepada pembangunan dan ekonomi negara kerana……………………………. (25%)


8. Kategori yang dipertandingkan ialah:


1.Engineering & technology : quality control, food technology, transport system, nanotechnology, renewable energy and energy efficiency and also including all types of engineering courses in the university.


2.Information technology & communication: this includes information and communication technology (ICT) & computing


3.Life science : this includes study & process of life, plant biotechnology, cell culture, molecular biology, cell signaling, biochemical & reagents, automation, proteomics and protein expression, function genomics and RNAI, aquaculture (food product, human health protection,disease prevention others), agriculture, forestry.


4.Health and medical science : clinical research (neuroscience), bio-valley (drug development, poison control, vector control, and urban pests, doping, environmental toxicology, (pharmaceutical and health system research) and health (medical biotechnology, human genomes)


5.Social transformation and creative arts: this includes policy research, gender studies, archaeology, social sciences, psychology and social work, race relations and ethnicity, peace studies and ecosystem, creative arts consist of music, art & drama.


6.Business and Economics : Business, economics, accounting.


7.Education and Social development : education and sports sciences.


9.Penyertaan perlulah dihantar sebelum atau pada 9 September 2010.


10.Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat – menyurat tidak akan dilayan.


11.Buku skrap yang dihasilkan hendaklah dihantar melalui fax/ email kepada :


Nur Syatirah Shuib

Naib Presiden Akademik & Diplomatik

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Malaysia Sabah

Nombor fax : 088320060

Email: skimmaggi@gmail.com


12.Peserta dikehendaki terus menelefon AJK kami setelah faks di talian:


0195299412 (Ruzaini) / 0134639418 (Munifah)

Sunday, May 23, 2010

Syarat dan Peraturan Pertandingan Usahawan Berinovasi



Perniagaan hendaklah dijalankan selama 2 hari iaitu dari 16 - 17 Oktober 2010. Persediaan boleh dibuat mulai jam 8.00 pagi pada 16 Oktober 2010.

* Waktu perniagaan adalah seperti berikut:


# 16 /10/2010 : 9 am- 4 pm
# 17 /10/010 : 9 am– 4 pm


* Penyertaan maksimum seramai 5 orang bagi setiap kumpulan

* Setiap kumpulan perlu menyediakan kertas kerja berdasarkan produk yang
dihasilkan.

* setiap kumpulan perlu melampirkan inovasi yang dilakukan di dalam kertas kerja yang disediakan.

* Setiap barang yang dijual mestilah mempunyai ciri-ciri inovasi di dalamnya.



Para peniaga hanya boleh menjual barangan yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Gerai sahaja.


* Para peniaga mestilah mempamerkan harga barangan jualan masing-masing.

* Peniaga mesti berpakaian kemas dan sopan dengan imej yang bersih.

* Para peniaga hendaklah menjaga kebersihan gerai masing-masing.

* Sepanjang waktu perniagaan di tapak perniagaan, keselamatan semua harta benda dan barangan perniagaan adalah di bawah tanggungjawab penuh peniaga sendiri.

* Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan atau keselamatan harta benda para peniaga.

* Sebarang masalah (kerosakan, kebakaran, keputusan bekalan air dan
lain-lain) hendaklah dilaporkan kepada ajk SKIM 2010.

* sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap tapak/gerai.


* Borang penyertaan gerai hendaklah dikembalikan kepada ajk SKIM selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2010.

* Kawasan urusniaga bagi setiap penggerai hendaklah TIDAK melebihi kawasan kanopi yang sedia ada.


* Pihak penganjur berhak meminda mana-mana peraturan yang sedia ada tanpa perlu memaklumkannya terlebih dahulu kepada peniaga.

* Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.

* Setelah segala urusan pendaftaran dan pembayaran telah diselesaikan, pihak penganjur akan menyerahkan pas perniagaan dan tag peniaga kepada penggerai.


* Para peniaga tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan gerai SKIM 2010.
 

Download Borang Pertandingan Di Sini

Friends

Juara - Lagu Tema SKIM '10

Categories