Perniagaan hendaklah dijalankan selama 2 hari iaitu dari 16 - 17 Oktober 2010. Persediaan boleh dibuat mulai jam 8.00 pagi pada 16 Oktober 2010.
* Waktu perniagaan adalah seperti berikut:
# 16 /10/2010 : 9 am- 4 pm
# 17 /10/010 : 9 am– 4 pm
* Penyertaan maksimum seramai 5 orang bagi setiap kumpulan
* Setiap kumpulan perlu menyediakan kertas kerja berdasarkan produk yang
dihasilkan.
* setiap kumpulan perlu melampirkan inovasi yang dilakukan di dalam kertas kerja yang disediakan.
* Setiap barang yang dijual mestilah mempunyai ciri-ciri inovasi di dalamnya.
Para peniaga hanya boleh menjual barangan yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Gerai sahaja.
* Para peniaga mestilah mempamerkan harga barangan jualan masing-masing.
* Peniaga mesti berpakaian kemas dan sopan dengan imej yang bersih.
* Para peniaga hendaklah menjaga kebersihan gerai masing-masing.
* Sepanjang waktu perniagaan di tapak perniagaan, keselamatan semua harta benda dan barangan perniagaan adalah di bawah tanggungjawab penuh peniaga sendiri.
* Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan atau keselamatan harta benda para peniaga.
* Sebarang masalah (kerosakan, kebakaran, keputusan bekalan air dan
lain-lain) hendaklah dilaporkan kepada ajk SKIM 2010.
* sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap tapak/gerai.
* Borang penyertaan gerai hendaklah dikembalikan kepada ajk SKIM selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2010.
* Kawasan urusniaga bagi setiap penggerai hendaklah TIDAK melebihi kawasan kanopi yang sedia ada.
* Pihak penganjur berhak meminda mana-mana peraturan yang sedia ada tanpa perlu memaklumkannya terlebih dahulu kepada peniaga.
* Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.
* Setelah segala urusan pendaftaran dan pembayaran telah diselesaikan, pihak penganjur akan menyerahkan pas perniagaan dan tag peniaga kepada penggerai.
* Para peniaga tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan gerai SKIM 2010.